Syarat & Terma IB

Berikut adalah beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi oleh setiap individu yang ingin menjadi Introducing Broker di OctaFX.

Apakah yang boleh anda lakukan?


Anda sebagai IB, haruslah berdedikasi dalam mempromosikan OctaFX kepada pelanggan baru. Anda haruslah bersedia untuk menjawab segala pertanyaan yang bakal diajukan oleh mereka. Promosi boleh dibuat dengan pelbagai cara seperti di blog, laman sosial (facebook, twitter) atau pun dibuat secara offline. Terpulang kepada anda.

Apakah yang tidak boleh anda lakukan?


Anda dilarang sama sekali membuat promosi menggunakan cara-cara yang salah seperti spam, mengelirukan pelanggan, menggunakan laman lucah dan sebagainya. Ini akan membawa nama buruk dan menjatuhkan reputasi kami.

Apakah yang perlu saya tahu lagi?


Sila ambil perhatian, semua perjanjian IB dan OctaFX ada termaktub di dalam dokumen Perjanjian IB. Ia menerangkan tentang syarat IB, komisen, pangkat dan lain-lain yang melibatkan aktiviti program IB. Pastikan anda telah membaca dan memahaminya sebelum membuka akaun IB di OctaFX.