Withdrawal

Withdrawal Method OctaFX

Cara withdrawal dari OctaFX

Sila login ke "Personal Area" dan klik "Withdrawal Request" dalam menu "Deposit my account" di sebelah kiri. Ikut arahan yang seterusnya. Selepas anda menghantar permohonan, ia akan diproses oleh Jabatan Kewangan OctaFX.

Withdrawal minimum

5 USD untuk semua jenis akaun. 100 USD jika anda menggunakan bank wire.

Perlindungan dana pelanggan

Sila ambil perhatian, anda hanya boleh withdraw ke akaun anda sendiri. Kami tidak menerima sebarang transaksi yang melibatkan pihak ketiga.

Tempoh masa withdrawal

Kebiasaannya permohonan akan diproses dalam masa 1 jam. Masa bekerja Jabatan Kewangan OctaFX adalah Isnin-Jumaat, 07:00 - 15:00 (GMT+2). Jika permohonan anda dibuat selepas tempoh tersebut, ia akan diproses hari bekerja yang berikutnya.

Penting!

Anda hanya dibenarkan withdraw dengan cara yang sama semasa membuat deposit. Contohnya deposit dengan bank wire, maka withdraw juga hendaklah menggunakan bank wire. Kami mengawal ketat perkara ini untuk mematuhi peraturan Anti-Money Laundering.