ECN Trading

ecn trading octafx

Apa itu ECN trading?

Ia adalah satu rangka perniagaan (yang membezakan antara broker dan market maker) di mana order pelanggan dihantar terus ke satu atau beberapa liquidity provider (LP) seperti bank/institusi kewangan lain untuk dilaksanakan (execute) oleh mereka. Semakin banyak LP yang ada, semakin baguslah tahap pelaksanaan order pelanggan tersebut dibuat (kurang slippage). Maksudnya order pelanggan tidak dimanipulasi oleh broker, sebaliknya dihantar ke pasaran sebenar.

Adakah kerap berlaku requote?

Tidak kerana kami bukannya dealing desk broker yang memanipulasi order pelanggan yang sengaja melambatkan proses tersebut.

Bagaimanakah OctaFX membuat keuntungan?

Kami menerima sedikit komisen dari LP untuk setiap transaksi. Kami ada membuat sedikit markup di dalam spread seperti yang anda lihat pada carta. Ini yang membezakan kami dengan broker market maker, mereka membuat keuntungan dengan trading berlawanan dengan order pelanggan. Maksudnya semakin banyak pelanggan rugi, maka semakin banyaklah mereka untung. Oleh sebab itu juga mereka sering memanipulasi order pelanggan untuk mengurangkan keuntungan mereka (pelanggan).

Adakah scalping dibenarkan?

Ya, boleh. Kami mengalu-alukan semua teknik trading yang anda suka.

Adakah boleh menggunakan EA?

Ya, boleh.

Slippage? Mengapa ianya masih berlaku?

Mana-mana broker sekalipun tidak dapat menjamin tahap slippage kerana ia bergantung dengan liquidity pasaran itu sendiri. Dengan kata mudah, jika anda ingin menjual pada satu-satu harga tidak semestinya ada yang membeli pada harga tersebut. Yang ada mungkin berbeza sedikit dari tawaran anda. Maka jarak perbezaan itulah yang menyebabkan berlakunya slippage. Ia adalah diluar kawalan kami (broker).